AKTIVITI
-
National JTRC 2025
When Imagination Meets Micro:bit : Robotics Unleashed! NATIONAL JUNIOR TERENGGANU ROBOTIC CHALLENGE 2025 Pada 15 November 2025, program National Junior Terengganu Robotic Challenge (JTRC) 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang! Seramai 861 peserta dari seluruh negara telah menunjukkan semangat, kreativiti dan inovasi luar biasa dalam menerokai dunia robotik. Dengan tema “Belajar Sambil Berinovasi”, program ini berjaya membuka ruang pembelajaran berasaskan pengalaman, mengasah pemikiran kritis, inovatif serta kerjasama pasukan dalam kalangan pelajar, selari dengan aspirasi KPM ke arah pendidikan berteraskan teknologi dan AI. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penganjur bersama, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah (SKRB) dan penaja utama Cytron Technologies dan Din Mega Enterprise,…
-
JTRC 2024
Pertandingan Junior Terengganu Robotic Challenge (JTRC) 2025 merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan JTRC 2024, yang sebelum ini berlangsung di peringkat negeri Terengganu. JTRC 2024 telah dianjurkan buat pertama kali oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) pada 5 November 2024, Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama SK Rengas Bekah. Program ini berjaya menarik penyertaan daripada 57 buah sekolah dari seluruh negeri Terengganu. Penyertaan tersebut merangkumi pelbagai daerah, iaitu 10 sekolah dari Besut, 5 dari Hulu Terengganu, 2 dari Kemaman, 12 dari Kuala Nerus, 14 dari Kuala Terengganu, 3 dari Marang dan 11 dari Setiu. Secara keseluruhannya, sebanyak 101 pasukan telah bertanding dalam kategori Line Following Robot menggunakan platform ZOOM:BIT. Pada tahun…

