NATIONAL JUNIOR TERENGGANU ROBOTIC CHALLENGE 2025
Pada 15 November 2025, program National Junior Terengganu Robotic Challenge (JTRC) 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang! Seramai 861 peserta dari seluruh negara telah menunjukkan semangat, kreativiti dan inovasi luar biasa dalam menerokai dunia robotik.
Dengan tema “Belajar Sambil Berinovasi”, program ini berjaya membuka ruang pembelajaran berasaskan pengalaman, mengasah pemikiran kritis, inovatif serta kerjasama pasukan dalam kalangan pelajar, selari dengan aspirasi KPM ke arah pendidikan berteraskan teknologi dan AI.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penganjur bersama, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah (SKRB) dan penaja utama Cytron Technologies dan Din Mega Enterprise, serta semua sekolah yang terlibat atas sokongan dan kepada seluruh warga gerak kerja FTKK atas komitmen yang tidak berbelah bahagi.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan usaha terbaik. Semoga kejayaan National JTRC 2025 menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian dalam dunia robotik dan STEM pada masa hadapan!