• JTRC 2024

    Pertandingan Junior Terengganu Robotic Challenge (JTRC) 2025 merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan JTRC 2024, yang sebelum ini berlangsung di peringkat negeri Terengganu. JTRC 2024 telah dianjurkan buat pertama kali oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) pada 5 November 2024, Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama SK Rengas Bekah. Program ini berjaya menarik penyertaan daripada 57 buah sekolah dari seluruh negeri Terengganu. Penyertaan tersebut merangkumi pelbagai daerah, iaitu 10 sekolah dari Besut, 5 dari Hulu Terengganu, 2 dari Kemaman, 12 dari Kuala Nerus, 14 dari Kuala Terengganu, 3 dari Marang dan 11 dari Setiu. Secara keseluruhannya, sebanyak 101 pasukan telah bertanding dalam kategori Line Following Robot menggunakan platform ZOOM:BIT. Pada tahun…