JTRC 2024
Pertandingan Junior Terengganu Robotic Challenge (JTRC) 2025 merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan JTRC 2024, yang sebelum ini berlangsung di peringkat negeri Terengganu. JTRC 2024 telah dianjurkan buat pertama kali oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) pada 5 November 2024, Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama SK Rengas Bekah. Program ini berjaya menarik penyertaan daripada 57 buah sekolah dari seluruh negeri Terengganu. Penyertaan tersebut merangkumi pelbagai daerah, iaitu 10 sekolah dari Besut, 5 dari Hulu Terengganu, 2 dari Kemaman, 12 dari Kuala Nerus, 14 dari Kuala Terengganu, 3 dari Marang dan 11 dari Setiu. Secara keseluruhannya, sebanyak 101 pasukan telah bertanding dalam kategori Line Following Robot menggunakan platform ZOOM:BIT.
Pada tahun ini, JTRC 2025 akan dianjurkan sekali lagi oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selaku penganjur utama, Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah (SKRB) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sebagai rakan penganjur. Program ini juga mendapat sokongan daripada rakan strategik industri seperti Cytron Technologies Malaysia, yang memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem robotik di Malaysia.
Pertandingan JTRC 2025 ini telah dinaik taraf sebagai pertandingan peringkat kebangsaan, sekali gus membuka peluang penyertaan kepada sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia. Tambahan pula, kategori pertandingan telah diperluas bagi membolehkan lebih ramai peserta dari pelbagai peringkat pendidikan seperti sekolah rendah, menengah, dan kategori terbuka untuk turut serta. Penekanan utama diberikan kepada aspek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam penguasaan teknologi robotik, bagi membina bakat dan melahirkan generasi celik teknologi yang mampu bersaing dalam industri masa hadapan.
Berdasarkan sambutan yang menggalakkan serta impak positif terhadap pendidikan STEM dalam kalangan pelajar sekolah rendah, JTRC 2025 telah dinaik taraf menjadi pertandingan peringkat kebangsaan. Penganjuran ini bertujuan untuk:
-
Meningkatkan daya saing dan membolehkan lebih ramai pelajar menyertai ekosistem robotik secara lebih luas.
-
Memperkenalkan penambahan kategori pertandingan bagi membolehkan lebih banyak peserta dari pelbagai peringkat pendidikan.
-
Menjadi platform bagi peserta untuk memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritis serta bekerja dalam pasukan.
You May Also Like