Kategori 3
Sumo Robot 1kg RC
1. Syarat-syarat Umum Penyertaan
(1.1) Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah (maksimum 17 tahun).
2. Syarat-Syarat Pertandingan
(2.1) Setiap sekolah atau entiti hanya dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua (2) pasukan sahaja.
(2.2) Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk mendaftar 3 peserta sahaja dan ini termasuk ketua pasukan.
(2.3) Hanya 2 peserta berdaftar sahaja dibenarkan masuk ke dalam gelanggang dan kuarantin zon semasa perlawanan. Pengiring (ibubapa atau guru) tidak dibenarkan berada di zon yang dinyatakan di atas.
(2.4) Penyertaan tidak boleh digantikan dengan peserta lain semasa hari pertandingan dan penggantian peserta tertakluk kepada kelulusan pihak penganjur.
(2.5) Tiada pemulangan wang pendaftaran sekiranya pasukan yang telah mendaftar menarik diri.
3. Spesifikasi Robot
(3.1) Spesifikasi ukuran dan berat robot bagi kategori ini adalah :-
Perkara | Maklumat |
Berat | 1kg maksimum |
Ukuran | 150mm (lebar) x 150mm (panjang) dan tiada had tinggi. Perlu kekal semasa perlawanan. |
Bilangan | Hanya satu (1) robot bagi setiap pasukan |
(3.2) Pengunaan fungsi semi-automatik mengunakan pengesan (sensor) untuk mengesan robot lawan adalah TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya dikenalpasti peserta perlu menutup atau menanggalkan bahagian pengesan. Kegagalan boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan bergantung penilaian juri.
(3.3) Bahan larangan dalam spesifikasi robot adalah TIDAK DIBENARKAN mempunyai ciri berikut:
(3.3.1) Alat pengganggu sensor seperti laser, lampu strob, jammer dan setara.
(3.3.2) Lemparan cecair, serbuk atau bahan ke atas lawan.
(3.3.3) Bahan mudah terbakar sebagai senjata.
(3.3.4) Melekat atau mencengkam gelanggang (cth: magnet, gam, getah pelekat, cawan sedut).
(3.3.5) Senjata peluru atau pelontar objek.
(3.3.6) Spesifikasi penyodok atau muncung hadapan robot mengikut kategori:-
Kategori | Syarat |
Robot Sumo 1kg RC | Pengunaan PISAU ATAU SEBARANG MEKANISMA TAJAM yang boleh mencederakan pada muncung atau penyodok atau bahagian hadapan robot adalah DI LARANG dan tidak dibenarkan sama sekali bagi kategori ini. |
Robot Sumo 1kg SUMO:BIT RC | Pengunaan SEBARANG MEKANISMA BERBENTUK BILAH PISAU SAHAJA pada muncung atau penyodok atau bahagian hadapan robot adalah DI BENARKAN dan WAJIB dihalakan ke lantai. |
4. Kawalan Robot
(4.1) Alat kawalan robot adalah sepenuhnya menggunakan alat kawalan jauh atau setara tanpa wayar sahaja.
(4.2) Sebarang gangguan kepada sistem kawalan lawan adalah dilarang.
(4.3) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang gangguan isyarat tanpa wayar.
(4.4) Spesifikasi mikro pengawal robot mengikut kategori adalah seperti berikut :-
Kategori | Syarat umum peserta |
Robot Sumo 1kg RC | Mikro pengawal adalah BEBAS sama ada yang tidak/boleh di programkan semula. |
5. Spesifikasi Gelanggang (Dohyo)
(5.1) Jadual dan gambarajah gelanggang adalah dirujuk :-
Perkara | Ukuran |
Dohyo Diameter | 1000mm ± 20mm |
Border line width | 30mm |
Dohyo height | Minimum 18mm |
Starting line length | 150mm |
Starting line width | 10mm |
Starting line length | 150mm |
White | Cat putih kilat |
Black | Formica matte |
6. Peraturan Perlawanan
(6.1) Format Pertandingan
(6.1.1) Peringkat pertama (kumpulan) : Menggunakan sistem double elimination.
(6.1.2) Peringkat kedua dan seterusnya : Kalah Mati.
(6.1.3) Setiap perlawanan akan diadakan sebanyak dua (2) sesi dan perlu bertukar posisi setiap kali pertukaran sesi. Pemenang bagi setiap sesi akan diberikan satu (1) mata. Peserta akan diisytihar pemenang perlawanan sekiranya memperolehi dua (2) mata.
(6.1.4) Sekiranya mata terikat atau seri, sesi perlawanan ketiga akan dijalankan bagi penentuan pemenang.
(6.1.5) Skor dan jadual dikawal oleh juri secara digital atau manual.
(6.2) Permulaan
(6.2.1) Sumber kuasa robot perlu dihidupkan sebelum diletakkan.
(6.2.2) Robot perlu diletakkan di atas dohyo dan di belakang garisan mula bersamaan dengan pasukan lawan sebaik sahaja juri membuat kiraan. Berikut lampiran bergambar posisi robot yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Sekiranya peserta melakukan kesalahan maka satu penalti akan diberikan.
(6.2.3) Robot hanya dibenarkan bergerak setelah juri memberikan arahan yang sewajarnya. Sekiranya ada mana-mana robot yang melakukan pergerakkan sebelum arahan, satu penalti akan diberikan.
(6.2.4) Sekiranya penalti berlaku kali kedua bagi mana-mana kesalahan di atas, pasukan tersebut dikira kalah dan pasukan lawan akan diberikan 1 mata kemenangan bagi sesi perlawanan tersebut sahaja.
(6.3) Semasa Perlawanan
(6.3.1) Bahagian robot yang tercabut mesti dibersihkan selepas setiap perlawanan.
(6.3.2) Bilah atau komponen tajam yang terpisah tidak boleh dipasang semula kecuali atas budi bicara juri.
(6.4) Pemarkahan
(6.4.1) Peserta diisytihar pemenang bagi setiap sesi sekiranya mana-mana bahagian robot pihak lawan menyentuh lantai luar gelanggang samada ada ditolak atau terjatuh sendiri akibat kesilapan pengendali alat kawalan.
(6.4.2) 2 mata diberikan kepada pemenang bagi setiap perlawanan, manakala tiada mata untuk peserta yang kalah atau seri pada perlawanan semasa.
(6.4.3) Ulangan sesi perlawanan semula hanya akan dilaksanakan jika:-
(6.4.3.1) Kedua-dua robot tersekat dengan pergerakan selama lebih 20 saat.
(6.4.3.2) Kedua-dua robot bersentuhan tanpa sebarang pergerakan atau tiada usaha menolak robot dari pihak lawan dalam masa 10 saat.
(6.4.3.3) Kedua-dua robot terkeluar gelanggang secara serentak.
(6.4.4) Sekiranya tiada pemenang setelah ulangan klausa G.4.3.1 dan G.4.3.2 dilaksanakan sebanyak satu (1) kali maka peserta akan diadili dengan ujian berat. Peserta dengan robot yang lebih ringan akan dikira pemenang bagi sesi tersebut.
(6.4.5) Pemenang kumpulan: Pemenang terbanyak dengan mata tertinggi dan sekiranya mata adalah seri, maka kelebihan akan diberikan kepada pasukan yang memenangi perlawanan di antara mereka.
(6.4.6) Kemenangan percuma akan diberikan sekiranya pihak lawan tidak hadir semasa perlawanan berlangsung setelah tiga kali panggilan dibuat oleh juri atau sebarang tindakan wajar telah dilakukan untuk memanggil pasukan telah dilkasanakan.
7. Masa Perlawanan
(7.1) Setiap perlawanan maksimum masa yang diperuntukkan adalah lima (5) minit.
(7.2) Tiada masa rehat (time-out) diberikan melainkan atas budi bicara juri atau ketetapan seperti klausa di bawah.
(7.3) Semasa perlawanan bagi setiap peringkat: Pembaikan robot perlu dilakukan di dalam atau sempadan kuarantin zon sekiranya robot mengalami kerosakan dan bantuan dari guru atau pengiring adalah dibenarkan. Walaupun begitu tempoh masa maksima hanya diberikan selama dua (2) minit sahaja. Sekiranya peraturan gagal dipatuhi maka satu (1) mata kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan pada sesi tersebut.
(7.4) Di antara setiap peringkat: Tempoh masa selama lima (5) minit atau tempoh masa yang dirasakan munasabah akan diberikan oleh juri untuk para peserta melakukan persediaan. Pada waktu ini peserta dibenarkan meninggalkan kuarantin zon sehingga panggilan dibuat.
8. Pengendali Robot
(8.1) Hanya satu pengendali untuk setiap robot sepanjang pertandingan.
(8.2) Pengendali mesti memakai pakaian sesuai termasuklah berkasut dan alat keselamatan (sarung tangan & cermin mata keselamatan adalah WAJIB). Peserta perlu menyediakannya sendiri. Kegagalan akan menyebabkan pasukan tidak dibenarkan bertanding.
(8.3) Robot WAJIB dibawa dalam bekas/kotak setiap kali perlawanan bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
9. Pemeriksaan
(9.1) Semua robot akan diperiksa dari segi saiz, berat, dan fungsi setiap kali sebelum pertandingan.
10. Pembatalan dan Penarikan Diri
(10.1) Penarikan diri ATAU perlawanan boleh dihentikan jika:
(10.1.1) Robot atau pasukan merosakkan gelanggang.
(10.1.2) Tiada semangat kesukanan.
(10.1.3) Tidak mematuhi arahan pengadil.
(10.2) Pembatalan penyertaan akan berlaku jika:
(10.2.1) Robot tidak mengikut spesifikasi.
(10.2.2) Robot atau peserta menunjukkan unsur provokasi/lucah.
(10.2.3) Peserta berpakaian atau berkelakuan tidak wajar.
11. Perkara Lain
(11.1) Hanya satu robot dibenarkan bagi setiap pasukan.
(11.2) Robot mesti dibina oleh pasukan yang bertanding.
(11.3) Semua peserta mesti patuh kepada arahan juri.
(11.4) Keputusan juri adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
(11.5) Sekiranya terdapat sebarang bantahan peserta sepanjang pelawanan, pengurus pasukan perlu mengemukakan bantahan secara rasmi dengan wang proses sebanyak RM800 secara tunai untuk proses semakan semula pertandingan.
(11.6) Bagi sebarang pertikaian yang tidak dinyatakan dalam syarat, ketua juri diberikan kuasa penuh untuk membuat keputusan, dan keputusan ketua juri adalah muktamad.